Selamat memulakan hari persekolahan.Rasanya semua yang bergelar guru dan pelajar akan rasa begitu bersemangat nak memulakan sesi persekolahan..kepada semua pelajar, cuti bukan untuk kita berseronok sahaja tetapi lebih kepada membuat ulangkaji..harapan cikgu agar semua lebih bersemangat untuk belajar dan menghadapi hari-hari persekolahan dengan ceria..insyaallah..
Disini cikgu nak berkongsi tip Rahsia Kejayaan Pelajar:
- Mulakan dengan Bismillah
- Akhiri dengan Alhamdulilah
- Sentiasa menghormati guru,keberkatannya terletak disitu
- Usah membuang masa,kerana masa itu sangat berharga
- Sentiasa membuat ulangkaji,pasti kejayaan akan menanti